Wednesday, December 29, 2010

AFF Suzuki Cup! Kita Juara!



PEMAIN Malaysia ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.
PEMAIN Malaysia ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.


Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.

Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.



Pemain & Sultan Pahang meraikan kejayaan Malaysia


Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan. 
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas. 

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan. 


SUMBER : BERITA HARIAN


kepada sesiapa yg tlepas @ nk highlights perlawanan 2nd leg semalam, nah, amek ni :p






p/s: waaa, congrats malaysia boleh bwk piala suzuki cup (dulu tiger cup,, tuka penaja kut, ngeh3) nih ke tanah air.. syabas pemain malaysia, lgpun mereka muda2, so, kiranyer ade harapan cerah nk maju lagi la nih, hoho..,skarang nih byk pulak yg minat kat keeper malaysia tuh, khairul fahmi, ekeke. anyway, jumaat PM dh bagi cuti sempena kemenangan msia, enjoy ur holiday!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...