Wednesday, December 15, 2010

Malaysia vs Vietnam, Piala AFF Suzuki (1st leg)

Nampaknya demam bola di malaysia tetap tak kurang hebatnya berbanding liga EPL nun jauh disana. Namun tugas getir buat pemain negara yang bermain malam ini kerana dikatakan ramai yang tidak dapat beraksi 100% keatas, gara-gara injured,
Apapun mungkin ini hanyalah psikologi buat pemain vietnam, dan resepi  tersendiri dari jurulatih negara, Rajagopal dalam menentukan barisan terbaik untuk berentap malam ini nanti. Persiapan nampaknya, kita lihat sudah banyak juga dilakukan, tengok dari televisyen, radio dan media elektronik, ish2!!

Misi untuk menang.
MEMBARA...Safee (kiri) ‘diasak’    rakan sepasukan   ketika sesi latihan terakhir di Stadium Nasional, semalam.
MEMBARA Semangat Safee (kiri) ‘diasak’ rakan sepasukan ketika 
sesi latihan terakhir di Stadium Nasional, semalam.
Sudah tentunya, malaysia mahu menang apabila mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah di pusingan yang pertama. Seharusnya digunakan sebaik yang mungkin meledak sebanyak mana yang boleh gol itu disumbat ke gawang lawan. Jangan alpa, dan jangan hampakan peminat yang dah beli tiket mahal nih ( padahal tak beli pun), mungkin tengok kat tv jer.
VIETNAM vs MALAYSIA  (Hanoi) pusingan kedua  18 DISEMBER (7 malam)
*p/s rumours mengatakan bahawa RM5000 akan menjadi habuan untuk para pemain sekiranya berjaya merangkul kejuaraan pada musim ini,!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...